AMPANG: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Ducati, bulan lalu.
Mudzyadaha Mohammad, 42, yang juga pemandu lori membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai penunggang motosikal telah menunggang kenderaan itu secara melawan arus jalan telah menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.
Kesalahan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) di sini, pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda sehingga tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.
Seksyen itu turut memperuntukkan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kemudian, hilang kelayakan selama 10 tahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023
Mudzyadaha (kiri) ketika diiringi polis di lobi mahkamah. Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top. -Sinar Harian
Suspek pukul warga asing diberkas dalam aksi kejar mengejar
Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan keretanya selepas diarahkan unit kereta peronda (MPV) polis... berakhir dengan penahanannya di Plaza Tol Sungai Nyior di Lebuhraya Butterworth-Kulim.
Video yang menunjukkan suspek dikejar polis sejauh lebih 15 kilometer turut tular di media sosial.
Video yang menunjukkan suspek dikejar polis sejauh lebih 15 kilometer turut tular di media sosial.
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ops Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Lelaki tidak mengaku salah lawan arus sebabkan penunggang Ducati maut
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menunggang motosikal melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.